Imagikata Imagikata

Imagikata

    • $2.700
    • $2.700

Descripción editorial

Aku menggosok laju kedua-dua belah telapak tanganku. Angin sejuk yang mencengkam hingga ke tulang belikat bagai memelukku erat. Wasap udara keluar daripada mulutku setiap kali aku bernafas ikut mulut. Aku lihat cuaca Malaya Baru semakin lama semakin teruk. Semakin hari semakin sejuk. Mayat bergelimpangan di sana sini, mati disebabkan kesejukan. Jaket yang aku pakai, aku zipkan hingga ke leher. Aku masukkan kedua-dua belah tanganku ke dalam poket seluar. 

“Mari makan, Ben.” Suara ibu menyapa lembut ruang pendengaranku. 

Aku bangkit daripada dudukku, dan berjalan ke arah meja makan yang usang. Aku rasa meja ini tunggu masa sahaja mahu roboh. Kerusi aku tarik dan aku duduk kemas. Ibu duduk di hadapanku. Mangkuk besar yang berisi sup mengeluarkan wasap udara apabila udara panas bertemu udara sejuk. Wasap itu meliuk lentok di udara, bagai menari di hadapanku. Menggoda aku untuk menjamahnya……….

Ikuti kisah ini.

GÉNERO
Ficción y literatura
PUBLICADO
2016
5 de octubre
IDIOMA
MS
Malayo
EXTENSIÓN
264
Páginas
EDITORIAL
PenerbitX
VENDEDOR
PTS Media Group Sdn Bhd.
TAMAÑO
510.6
KB