• USD 0.99

Descripción de editorial

Kitab Suci Al-Quran (The Noble Quran) Edisi Bahasa Arab (الطبعة العربية). Kitab Al-Quran atau Quran ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu yang Allah SWT turunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan Al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW secara beransur-ansur dalam tempoh waktu 23 tahun.

Dalam salah satu ayat yang terdapat di dalam Al-Quran Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Adz-Dzikr (Al-Qur’an), dan Kamilah yang akan menjaganya". (Al-Hijr 15:9)

 Lafaz Al-Quran dari segi bahasa adalah bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

Sesungguhnya Kamilah Yang Berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (Surah Al-Qiyamah, 75:17-18)

Manakala dari segi istilah pula, al-Quran ialah kalam Allah SWT yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari Surah Al-Fatihah dan berakhir dengan Surah An-Naas.

GÉNERO
Religión y espiritualidad
PUBLICADO
2019
febrero 2
LENGUAJE
ID
Indonesio
EXTENSIÓN
573
Páginas
EDITORIAL
Jannah Firdaus Mediapro
VENDEDOR
StreetLib Srl
TAMAÑO
123.1
MB

Más libros de Jannah Firdaus Mediapro & Jannah An-Nur Foundation