Usahawan Cilik - Puteri Kristal Usahawan Cilik - Puteri Kristal

Usahawan Cilik - Puteri Kristal

    • € 3,49
    • € 3,49

Beschrijving uitgever

Kisah bermula apabila Diana bersama seisi keluarga pulang bercuti ke kampung. Anak jiran neneknya, Kak Wani menghasilkan kerja tangan halus seperti membuat gelang manik, kristal dan sebagainya.

Setiap hari berulang alik ke rumah Kak Wani mencetuskan minat Diana. Bermula dengan membantu menyusun manik-manik dan gelang-gelang dan memerhati apa yang dilakukan oleh Kak Wani akhirnya dia pandai menyulamnya menjadi seutas gelang.

Hasil pemerhatiannya kepada kerja tangan Kak Wani yang cekap dan bijak memadankan jenis-jenis kristal bersama jenis batu-batu yang berbeza, akhirnya Diana dapat menguasainya dengan baik.

Pulang dari bercuti, Diana membeli sejumlah batu-batu kristal dan beberapa jenis batu lain. Kak Wani menjual dengan harga istimewa memandangkan dia mahu menyulam dan menghadiahkannya kepada ibunya dan Makcik Hana. Ibu Diana, Puan Aminah memakai gelang kristal ke pejabat dan ia menarik perhatian rakan-rakan sekerjanya. Beberapa orang rakannya mula membuat tempahan.

Ayah Diana, Encik Rasul pula sudi mendahulukan modal tetapi dengan syarat kerja membuat gelang itu dibuat pada hujung minggu sahaja. Alasannya dia tidak mahu Diana mula keliru apa keutamaannya sekarang. Hobi Diana mula memberi pulangan lumayan. Bukan sahaja rakan-rakan ibunya membuat tempahan malah ia terus tersebar dari satu bahagian pejabat hingga ke bahagian pejabat yang lain.

Akhirnya Diana mampu mempamerkan koleksi yang disiapkannya dan membuat jualan terus tanpa menunggu tempahan lagi. Dalam tempoh yang singkat, dia berjaya membayar balik modal yang dipinjamkan oleh ayahnya.

GENRE
Young adult
UITGEGEVEN
2015
23 februari
TAAL
MS
Maleis
LENGTE
240
Pagina's
UITGEVER
PTS Publishing
GROOTTE
4,6
MB

Meer boeken van Ezee Rahmani

Kembara Tetamu Allah Kembara Tetamu Allah
2015
Usahawan Cilik: Abang, Adik dan Ayam Usahawan Cilik: Abang, Adik dan Ayam
2015
Kembara Putera Mahkota Kembara Putera Mahkota
2015
Ketua Bilik LA 101: Kami Hero! Ketua Bilik LA 101: Kami Hero!
2015
Kerana Takdir-Nya Kerana Takdir-Nya
2015
Aminah-Bunga Kaum Quraisy Aminah-Bunga Kaum Quraisy
2010